
PENCERNAAN
- Bawang putih membantu pencernaan dan menambahkan nafsu makan.
- Apabila dimakan mentah, bawang putih meransang perembesan air liur.
- Ia meluaskan tindakan pepsin (satu enzim yang membantu mencerna protein) dan menaikkan tahap asid hidroklorik di dalam perut.
- Juga meningkatkan perembesan cecair usus dan meluaskan tindakan enzim yang mencerna karbohidrat.
- Mengandungi banyak serat diet, vitamin B1, vitamin C dan baunya yang istimewa meransang nafsu makan kebanyakan individu.
PENYAKIT KARDIOVASKULAR
- Bawang putih merendahkan tahap lipoprotein yang 'jahat' contohnya LDL, VDL di dalam darah.
- Ia juga meningkatkan tahap lipoprotein yang baik contohnya HDL di dalam darah dan menyekat pengumpulan darah. Ini bermakna penggunaan bawang putih yang berterusan boleh mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular atau penyakit jantung.
BARAH
- Bawang putih menyekat pembahagian dan pertumbuhan sel darah di bahagian seperti kolon, hati, buah pinggang, kulit, esofagus, perut, pundi, buah dada dan serviks.
- Pati bawang putih boleh mengurangkan ketoksikan siklofosfamida, sejenis ubat yang digunakan dalam rawatan barah.
FUNGSI ORGAN
- Apabila bawang putih dimakan mentah, dialil sulfida membentuk hidrogen sulfida di dalam badan. Ini dikumuh melalui paru-paru iaitu tempat antibiotik dan tindakan ransangan berlaku. Melalui saraf spina dan vagus, hidrogen sulfida meransang pelbagai organ, menggalakkan peredaran darah dan memperbaiki metabolisme.
TAHAP GULA DALAM DARAH
- Bawang putih mengawal tahap gula dalam darah dengan berkesan. Ini amat penting bagi memastikan tiada gula berlebihan dalam badan. Apabila tahap gula berlebihan dalam tubuh , individu tersebut mudah dijangkiti pelbagai penyakit dan penyakit yang paling digeruni ialah kencing manis.
KEMUDARATAN BAWANG PUTIH
- Seperti juga dengan benda-benda yang lain, bawang putih mempunyai kesan sampingan sekiranya diambil secara berlebihan. Ini termasuklah:
- Meransang mukosa pencernaan
- Muntah, 'dysentery', anoreksia nervosa
- Hilang berat badan, merencatkan pertumbuhan
- Anemia
- Dermatitis
Oleh itu sajian bawang putih yang dicadangkan dan dos yang dicadangkan:
- Tidak kurang dari 5g bawang putih mentah setiap hari, atau
- Tidak kurang dari 0.5ml jus bawang putih setiap hari setiap kg berat, atau
- Tidak kurang dari 300mg serbuk bawang putih setiap hari.
No comments:
Post a Comment