Begedil daging

Bahan-bahan

  • 3 biji kentang
  • segenggam daging cincang ramly (direbus dahulu)
  • daun sup dicincang halus
  • 5 sudu besar bawang goreng
  • satu sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil lada sulah
  • 1 biji telur (di pukul)

Cara-cara

  1. kentang dipotong dan digoreng hingga kekuningan (masak).
  2. setelah masak, tumbuk atau lenyekkan kentang itu hingga hancur.
  3. kemudian ambil daging cincang dan gaulkan bersama kentang yg sudah dilenyek td.
  4. setelah itu masukkan daun sup, bawang goreng, lada sulah dan garam.
  5. gaul hingga semua bahan sebati. kemudian ambil sedikit dan bulat2kan dengan saiz sederhana
  6. akhir sekali, celupkan dalam telur dan goreng.

Kek Coklat Moist kukus

Bahan-bahan:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/4 cwn serbuk koko van houten
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 kotak susu coklat (250ml)
  • 2 biji telur (size M)
  • 1 cawan gula halus
  • 1/2 cawan butter
  • 3 sudu besar susu pekat
  • 1/4 cawan minyak masak n esen vanila
  • TOPPING
  • 3-5 sudu besar susu pekat
  • 1/4 cawan serbuk koko van houten
  • 2 sudu besar butter
  • 2 sudu besar susu segar

  • Cara-cara

    1. Pukul telur,gula dan butter sampai kembang.Kemudian titiskan esen vanila. n pukul lg.
    2. Ayak tepung,serbuk koko dan baking powder.
    3. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur.Kaup balikkan.
    4. Masukkan susu kotak,susu pekat,minyak dan gaul sebati.
    5. Masukkan dlm loyang yg telah dilengser minyak/marjerin. Tutup dengan aluminium foil (tak bagi air menitis masuk)..Then kukus 45min...Dah masak sejukkan.
    6. Utk topping...campurkan semua bhn dan masak secara double boiler. Then bleh la curahkan kat atas kek yg dh sejuk td.. Hiaslah apa suka...Pastu simpan dlm peti sejuk beberapa jam sebelum dipotong. (untuk topping ni masa ayu baut kek ni untuk cubaan pertama, ayu cuma guna coklat masakan yang dicairkan..tapi rasanya tetap sama..sedap..)

Telur Belangkas


Sumber: Web Pahang


Bahan-bahan

30 biji telur ayam – diambil putih sahaja
400g kelapa parut – tanpa kulit ari
20 helai daun pandan – dikisar bersama
2 cawan air
600g gula halus

Cara memasak
Ramas kelapa parut dengan putih telur dan daun pandan yang dikisar.
Perah dan tapis hasil perahan itu. Campur gula dan masak di atas api kecil.
Jangan kacau selalu tetapi kikis tepi periuk atau kuali sekali- sekala supaya tidak hangus dan adunan dapat bergentel tetapi kacau sekali-sekala sehingga berminyak.

Temosa Raja

Sumber:Web Pahang
Bahan-bahan

450g isi ayam – dipotong dadu kecil
½ cawan santan pekat
75g bawang merah
2 ulas bawang putih
15-20g lada kering
2.5sm halia
1 batang serai
2 sudu besar biji ketumbar
½ sudu besar jintan putih
½ sudu besar jintan manis
5 biji telur – direbus dan dihiris bulat
Garam dan gula
Untuk Pastri
300g tepung gandum
75g marjerin
2 biji kuning telur
½ cawan air

Cara memasak

Inti
Masukkan semua bahan-bahan kecuali telur yang dihiris ke dalam periuk dan masak sehingga pekat dan pecah minyak.
Pastri
Bancuh marjerin, kuning telur dan air. Masukkan tepung dan uli sehingga sebati. Ambil sedikit adunan dan canai nipis-nipis. Terapkan adunan kepada kepingan-kepingan yang bulat. Ambil satu daripada kepingan itu dan letakkan hirisan telur di atasnya, diikuti dengan sedikit inti dan tambah lagi sehiris telur di atasnya. Kemudian ambil satu kulit temosa lagi dan tutupkan ke atas inti tadi. Kelim bahagian tepi kulit temosa tersebut. Setelah siap, goreng dalam minyak panas yang banyak sehingga kekuningan.

Opor Daging

Sumber:Web Pahang
Bahan-bahan
1kg daging
70g rempah opor
200g bawang merah
25g bawang putih
25g halia
3g belacan
50g serbuk lada kering
5sm kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
50g asam jawa – dibancuh dengan 1 cawan air panas dan diambil airnya
4-5 cawan santan
2 batang serai – dititik
100g kerisik
1-1½ cawan minyak masak untuk menggoreng
Garam dan gula

Cara memasak

Tumis bunga lawang, bunga cengkih, kayu manis dan buah pelaga sehingga naik bau.
Masukkan bawang merah, bawang putih, halia bersama serbuk lada kering dan belacan. Tumis sehingga wangi.
Masukkan daging bersama dua cawan air dan masak sehingga mendidih. Masukkan santan dan rempah opor dan biar mendidih sehingga daging empuk dan airnya kering sedikit sebelum kecilkan api.
Masukkan air asam jawa, serai dan kerisik.
Sesuaikan rasa dengan garam dan gula. Biar reneh sehingga sebati, kuah pekat dan keluar minyak.